Kisah Zaman Dahulu Ep01

Pada satu masa dahulu ada seorang tukang kayu yang sangat miskin tetapi terkenal dengan sifatnya yang begitu rajin . Hinggalah pada satu hari ketika tukang kayu sedang menebang pokok secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan kapak miliknya kedalam tasik .

Tanpa disangka oleh tukang kayu , sebenarnya di dalam tasik itu ada seorang bidadari yang sangat cantik namun begitu kapak yang jatuh ke dalam tasik telah mengenai kepala bidadari itu . Dia pun mati .

Pengajaran : Elak tidur di dalam tasik , sebab orang tak perasan kalau kita tidur dalam tasik .

Perkahwinan dan wang

Ada dua benda yang kaum lelaki sebenarnya tidak elok untuk komplain berkaitan wang perkahwinan .

Wang Hantaran

Ada yang bagi tinggi dan ada yang bagi rendah . Masalah kalau ada yang minta Wang Hantaran tinggi , 10K misalnya . Jadi masalah bila orang lelaki terus komplain wang hantaran tu tinggi tuduh nak jual anak .

Tujuan utama adalah untuk mengelak fitnah tetapi kau sendiri bagi fitnah ? Kalau wang hantaran tinggi bincang elok-elok . Sebab mentua bukan nak sangat duit wang hantaran tu , yang dia nak sebenarnya adalah komitment korang . Dia nak tengok macam mana korang kumpul duit .

Kursus Kahwin 

Ini pun ada yang komplain . Kita kena sedar bila kita nak kahwin memang akan guna duit . Kita boleh guna duit untuk benda lain contohnya kain untuk dulang hantaran , kasut . Tetapi menjadi kedekut bila nak belajar agama ?

Ilmu agama dekat masjid pun boleh belajar free siap dapat makan bihun dengan teh panas lagi . Itu tidak dinafikan tetapi kita berada di situasi kena keluarkan wang juga .

Bila kita keluarkan wang dalam hati kita benda nie menyusahkan iainya akan jadi susah . Tapi bila kita keluarkan wang dengan harapan untuk dapat ilmu diberkati , silap-silap kau baru sedar benda yang simple seperti sebutan sebenar ketika mengucap . Apa ? Kau ingat dah alim sangat tak payah lagi nak berharap hidayah dari Allah ?

BR1M cukup untuk setahun !

Bertemu kembali dan anda  kini bersama dengan Wanyob blogger yang nak hapdate blog mahunya lapan bulan sekali ! Memang seronok kan bila dapat duit BR1M ? Bila keluar kan duit ajak anak bini gi shopping , masa tu tengok bijiran sarapan  punya kotak lawa semacam jer kita pun terus ambil padahal tak makan pun . Bila nak bayar nah RM300 . Habis begitu jer dalam satu hari . Mengapa jadi begini ?

Sebelum kita bercakap mengenai BR1M sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diperingatkan . Kepada mereka yang tidak dapat , anggaplah bukan rezeki anda dan mungkin ada sendiri terpaksa bayar cukai samaada dari GST atau lain-lain cukai , berharaplah duit yang anda bayar cukai itu sampai di tangan mereka yang layak .

Kepada yang dapat , bersyukurlah walaupun jumlah itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi sekarang . Mengapa  pulak nak bersyukur ? Kan ke sikit jer jumlah nie ? Silalah baca kembali perenggan di atas .  Ada orang yang mungkin lebih memelukan dan ada orang lagi banyak bayar komitment pada negara tetapi mereka tidak dapat . Syukur itu pada Allah bukan pada mana-mana parti , mereka hanya  tunaikan amanah .

Jadi benarkah BR1M mampu tampung untuk setahun ? Bagaimana ? Berikut adalah beberapa cara yang dilakukan oleh kenalan bagaimna mereka gunakan untuk setahun .

Membeli satu barang kekal

Ada yang guna duit itu untuk membaiki lantai rumahnya , malahan ada yang membeli mesin basuh dan peti ais .  Woih cukup ke RM300 tu ? RM300 memang tak cukup untuk beli peti ais atau mungkin mesin basuh , tetapi ingat kita dapat tiga kali . Kali kedua sudah  RM600 , jumlah itu dah cukup . Tapi yang biasa-biasa jerlah .

Buka bisnes

RM300 pun dah boleh buka bisnes ? Macam mengarut jer .  Yup ! RM300 pun dah cukup sebenarnya . Asalkan pandai dan kena pada cara. Boleh join dropship biasanya fee untuk join bawah RM200 . Boleh start meniaga air , tong air yang biasa RM40 dah boleh dapat , tambah RM150 untuk payug dan reused meja yang kita ada . Next time punya BR1M focus pada branding .

Masukan dalam bajet

Ini aku sendiri buat , bila dapat BR1M aku masukkan dalam satu sampul . Duit BR1M ini hanya boleh diguna untuk satu perkara saja sebagai contoh Pampers , bila nak beli Pampers aku guna duit nie . Bonus bila ada promosi , harga murah masa itu aku beli pukal terus .

 

Perkara selalu jadi masa Ramadhan dan Syawal

Asslammualaikum dan kepada sesiapa yang bertanya dah dekat hujung Ramadhan (cepat masa berlalu) baru nak update entry saya ucapkan salam kenal . Untuk entry kali ini untuk membincangkan spesis manusia yang dapat dilihat pada bulan Ramadhan .

 

Explosion Master
Hari pertama ramadhan dah main mercun dan meriam . Yang herannya kita semua bising bila budak putus tangan main mercun tapi still share geng Amran , Siakap Keli atau Oh Media punya geng main meriam .

Food Seeker
Bulan Ramadhan bulan untuk kita berlapar tapi ironinya bulan nie lah paling banyak resepi yang keluar . Dekat timeline fesbuk penuh dengan resepi . Selama nie tak memasak ke apa ? .

Bubur Lambuk Fan Club

Tak meriah pulak Ramadhan kalau tak beratur ambil bubur lambuk . Aku bukan peminat bubur lambuk tapi suka beratur ambil bubur lambut . Mungkin kerana bubur lqmbut masih belum dimamah teknologi . (Sekarang orang berdoa kat facebook dah tak guna sejadah apa semua)

Tahun nie taknak membazir ..woih karipap !
Nie pun satu masalah gak , kadanh-kadang perut kecik jer tapi nafsu makan perthhh . Semua benda nak beli . Makan tak habis pun .

Legend VS Penjahanam Lagu
Hari nie baca niat puasa ramadhan sebulan esok keluar lagu raya. Kalau keluar lagu raya klasik rasa semangat sikit nak raya tapi nie keluar versi remix .

Tahun nie nak beribadat sepenuh hati , esok lah start

Setiap tahun kita mahukan Ramadhan kali ini lebih baik tapi itulah , mula-mula jer semangat last-last tertangguh ibadat .

Komplain sifat kanak-kanak sekarang yang hanya guna gadget dengan menggunakan gadget . (faham tak ?

 

 

 

Teknik paling dashat dan ultimatum untuk ngorat suami anda !

Ambil sekeping kertas nota dan catat apa yang suami anda lakukan sebaik sahaja sampai di rumah dari kerjanya .  Lakukan setiap hari selama seminggu atau lebih . Dari situ anda telah berjaya dapat tahu habit suami anda .

Maka dengan itu focus 100% pada tugasan yang melibatkan habit suami anda .  Sebagai contoh kalau suami anda suka letak kasut dekat rak kasut pastikan dulu rak kasut itu sentiasa kemas . Sekiranya kemas rumah dengan baik sekalipun tetapi pada rak kasut kantoi , suami anda akan kembali stress .

Sebenarnya bila suami balik mereka berada di tahap keletihan yang teramat dan stress , pada waktu ini mood mereka masih 50:50 . Apa sahaja perkara pertama berlaku di rumah akan memberi impak pada diri mereka walaupun kecil .

Sebagai contoh si suami suka baring di atas sofa sebaik sahaja sampai rumah pastikan sofa itu bersih , bila dia duduk di sofa stressnya akan terus menurun sikit demi sedikit . Hulurkan air kepadanya .

Contoh lain si suami suka mandi sebaik sahaja balik rumah , sediakan pakaian bersih untuk persalinannya .

Sekiranya suami anda suka sambung kerja bila sampai rumah . Sorok komputer dia .

 

Amaran !

 

Jangan sesekali tanya “Macam mana kerja ?” Jangan !

Bayangkan suami korang letih gila dengan stress kena maki dengan boss dan client lari ditambah pulak banyak kerja tak siap . Dia balik nak hilangkan stress dan lupakan apa yang berlaku . Tapi korang pergi ingatkan balik .

 

Target 2015 (kalau update blog nie lapan tahun sekali boleh ?)

Rupa-rupanya dah 2015 , selamat tahun baru ! Bapak lambat aku wish . Ikutkan hati nak wish bulan 12 nanti senang boleh pakej sekali untuk tahun 2016.  Berikut adalah perancangan aku untuk tahun ini

Siapkan novel

Sebab kenapa aku tak update blog ini , sekarang aku perlu beri sepenuh fokus untuk projek penulisan novel .  Novel yang aku tulis bergenre Sains Fiksyen Thriller . Kepada yang berminat genre macam nie boleh lah tunggu karya aku disiapkan .

Jalan cerita mengenai 700 tahun selepas bumi mengelami kemusnahan hebat . Dua orang manusia ditakdirkan untuk membunuh satu sama lain kerana salah seorang daripada mereka akan menggunakan sejenis senjata yang akan menyebabkan tragedi 700 tahun lalu berulang

Wanyob.com

Aku tak target banyak untuk blog ini tahun nie , cuma sekitar 30 entry setahun dengan setiap entry mendapat 50komen minimum .

Guest Writer

Menyumbang artikel untuk blog orang lain bergantung pada niche mereka . Aku juga target untuk 30 entry begitu

Blog lagi satu

Satu lagi blog untuk gamer , ulat buku  dan otaku . Satu blog koleksi review aku mengenai game , buku , movie , anime dan sebagainya . Aku target sekitar 100 . Banyak tetapi aku tidak buat blogwalking stuff pada blog ini . Bergantung pada SEO sahaja .

 

Fokus utama aku adalah Projek Novel dahulu . Itu paling penting . Sekarang dah tulis sekitar30 000 – 40 000 patah perkataan daripada taget 80 000 patah perkataan mungkin lebih .

 

Soalan paling susah di dunia ! Anda pasti tidak mampu menjawab . (Tiru stail trend tajuk entry sekarang)

Sebenarnya aku terfikir

Bila anak kita menangis disebabkan tekanan dan sebagainya , apa yang kita buat adalah istigfar , mengucap , baca selawat , berzikir ,baca  surah dalam Al-Quran sebab kita tahu bacaan ini dapat menenangkan hati seseorang .

Tapi kenapa bila kita dalam tekanan kita tidak buat benda yang sama ? Babi juga yang kita sebut ?

Ucaplah terima kasih pada mereka .

Isteri nie jenis yang mahukan perhatian , kalau tukar baju pun nak kita tegur bertapa lawanya dia dengan baju tu . Jadi bila isteri mengemas rumah mereka akaan expert yang suami akan memuji mereka (walaupun itu memang tugas diorang jika menjadi suri rumah) dan juga ucap terima kasih jika mereka tolong bayar bil tenet atau duit kereta walaupun yang pakai adalah diorang . Itu memang sifat mereka , mahukan perhatian walaupun perkara yang kecil dan pujian mahupun terima kasih .

Tapi si suami lain sikit . Bila mereka melakukan sesuatu yang simple pada mereka mereka telah melakukan satu yang besar . Selalu pakai baju singlet tiba-tiba haritu tukar pakai baju berkolar diorang dah anggap sebagai complete make over . Kalau si isteri dapaat pesanan message berbunyi “sayang hari nie abang dah siap kemas bilik” bila balik rupa-rupanya dia cuma kemaskan katil dengan baju tak berlipat diletak tepi kaki katil . Ucap jerlaa terima kasih . Itu memang sifat si suami suka puji diri sendiri .

 

 

Soalan Padu Maut

Nanti dah tua aku tak tanya kat anak orang “bila nak kawen” atau “bila nak dapat anak” tu semua . Aku tanya “bilakah portugis menawan Melaka ” , “apakah formula untuk hidrogen” paling koman ali ada sebijik tembikai dia kemudiannya beli dua biji durian berapakah buah yang ali ada ? Kata ambik pure math takkan takleh jawab .

Note : Dalam proses untuk tulis novel  jadi waktu berblogging kurang sikit .

Well bukan rezeki lah tu .

Aku baru tahu yang facebook private message ada folder “other” . Bila check baru perasan rupanya ada bisnes deal dengan jemputan menjadi penulis di sebuah penerbit …. tiga tahun lalu .

Nak terjun bangunan setinggi 2 kaki .