Saya sebatang pen. Tubuh saya berwarna merah. Saya mempunyai empat jenis dakwat. Tuan saya sangat sukakan saya. Dia gunakan saya untuk bunuh musuhnya. Saya juga dilengkapi dengan bom yang mampu meletup sekitar lima kilometer persegi.
Amin Ghazali mengorek telingganya. Betulah pen yang dia jumpa tadi boleh bercakap.
“Kau ini apa sebenarnya ?”
Sekali lagi Amin Ghazali bertanya.
“Saya seba…” Pen ditangannya tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
“Maksud aku … macam mana kau boleh bercakap ?” Amin Ghazali masih tidak percaya.
“Aku telah direka begini oleh kerajaan bagi membantu tuan aku menyelesaikan misi rahsia yang berbahaya.” Pen itu perjelaskan apa yang berlaku.
“Dimana tuan kau ?”
“Dia telah terkorban ketika menyelesaikan misi.” Pen tersebut berterus terang.
“Misi apa ?” Amin Ghazali.
“Saya tidak boleh beritahu.” Balas pen tersebut.
Amin Ghazali terdiam. Dia mencari akal bagaimana mahu mendapatkan lebih banyak maklumat.
“Aku nak panggil kau apa ?” Amin Ghazali bertanya.
“Nuclear Invasion Catastrophic Object Plas……….” Jawapan dari pen ganjil disamput oleh Amin Ghazali.
“Okay-okay aku panggil kau Nico.” Amin Ghazali memberi nama pada objek di depannya.
“Terima kasih.” Entah kenapa Nico bercakap sedemikian.
“Dimana kali terakhir kau bersama tuan kau berada ?” Amin Ghazali bertanya.
“Lorong 17 Submit 08.”
“Eh, itu dekat kilang roti kan ?” Amin Ghazali menyimpan Nico ke dalam poket lantas mendapatkan basikalnya.
Kayuhan basikal Amin Ghazali pasti akan membuatkan geng rempit yang baru hendak naik terpesona. Laju seperti pelesit.
‘Skrehhhhhhh.’ Hasil bunyi tapak kasutnya bergeser dengan jalan tar.
Amin Ghazali melihat sekeliling namun tiada apa yang mencurigakan. Basikal ditinggalkan dan dia mundar-mandir sekeliling kilang roti.
“Dimana ?” Amin Ghazali memandang Nico.
“Sana tepi longkang.” Suara Nico kedengaran dari dalam poket.
Masih tiada apa yang ganjil.
“Dimana dia pergi ?” Amin Ghazali bersungguh-sungguh mencari mayat empunya pen yang dijumpainya.
“Mungkin musuh dah hapuskan bukti ?” Nico membuat andaian.
Kalau begitu kita pulanglah dulu.
Di dalam bilik asrama. Amin Ghazali hanya mengenakan kain tuala berwarna pink.
“Kenapa kau nak cari tuan saya ?” Nico bersuara.
“Aku nak tolong dia. Itu tanggungjawab aku.” Amin Ghazali memberitahu.
“Tanggungjawab kau ?” Nico bertanya.
“Ya, aku lakukan semua ini demi bandar kita.” Amin Ghazali membuat pengakuan.
“Apa maksud kau ?” Nico pulak yang kehairanan.
“Dalam bandar ini terlalu banyak jenayah. Jadi aku fikir sudah tiba masanya aku tewaskan penjenayah dengan tangan aku sendiri. Sebelum ini aku tiada sebarang kuasa tapi kini kau ada bersama aku.” Amin Ghazali kelihatan bersemangat.
“Rupa-rupanya kau bukan sebarangan orang.” Nico memuji.
“… dan kau bukan sebarangan pen.” Amin Ghazali mengambil keratan akhbar.
Dia membuka ruangan berita tempatan kemudian ditunjukkannya kepada Nico.
“Ada kes pembunuhan tidak jauh dari sini.” Amin Ghazali membaca kandungan artikel.
“Bagaimana pulak dengan pengeboman di sebuah sekolah dan rumah ?” Nico bertanya.
Riak wajah Amin Ghazali sedikit berubah. Dirinya seperti dihasut dengan hantu kemarahan.
“Satu hari nanti akan ku balas dendam.” Dia bermonolog. Nico menyedari perubahan wajah Amin Ghazali.
“Kau seperti kenal siapa yang terlibat dengan kejadian letupan itu ?” Nico bertanya.
.
“Kalau betul apa yang kau katakan sebelum ini aku perlukan kebenaran untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang kau ada. Maka aku perlu cari tuan asal.” Amin Ghazali membelek pen di tangan.
“Kita akan siasat kes pembunuhan ini supaya aku ada tunjukkan potensi sebenar aku.”
Keesokkannya Amin Ghazali bersemangat mencari pertunjuk pada pembunuhan seorang suri rumah.
Dia bermula dengan menyiasat waris mangsa terlebih dahulu.
“Mak Cik pun tak sangka bila dia nak jumpa teman lelakinya malam itu adalah kali terakhir Mak Cik melihatnya.” Cik Jenab menangis.
“Polis tidak siasat teman lelaki dia ke ?” Amin Ghazali bertanya.
“Hish… Dia tu anak yang baik. Mak bapak dia pun dari golongan profesional.” Cik Jenab menepuk bahu Amin Ghazali.
Amin Ghazali syak mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah lelaki itu menyembunyikan sesuatu.
Dia lantas menuju ke rumah teman lelaki mangsa. Lelaki bernama Aiman menyambut ketibaan Amin Ghazali dengan baik.
“Aku tak sangka betul dia dibunuh.” Aiman mengeluh.
“Bila kali terakhir encik bertemu dengan dia.” Amin Ghazali bertanya.
“Seminggu lepas.” Ujar Aiman.
Pelik mengikut kata ibunya mangsa mati dibunuh selepas bertemu dengan teman lelakinya namun begitu dia berkata perkara berbeza.
Salah seorang daripada mereka menipu!
Amin Ghazali tidak mudah panik sebaliknya dia bertanya beberapa soalan lagi sebelum pulang ke rumah.
Dia cuba memikirkan apa yang telah berlaku. Setiap butir percakapan mereka ditulis di atas kertas.
Hampir dua jam dia memikirkan misteri ini namun tiada sebarang perkembangan.
“Hei, dengan keadaan sekarang. Apa sahaja fungsi pada kau yang aku boleh guna ?” Amin Ghazali bertanya.
“Selain daripada bercakap, saya juga boleh lancarkan tembakan tenaga haba. GPS dan letupkan diri.” Nico berterus terang.
“Apa akan jadi bila kau meletup ?” Amin Ghazali bertanya.
“Musnah sepenuhnya.” Nico tidak menunjukkan sebarang perasaan.
“Ada cara supaya memori kau dikembalikan ?” Amin Ghazali bertanya.
“Tidak.”
Amin Ghazali sedang merancang sesuatu. Dia harap semuanya berjalan lancar.
Keesokkannya dia mengikut suspek utama pembunuhan seorang wanita. Mikaeel seorang pelajar jurusan perubatan bakal tamat belajar pada tahun ini.
Seorang yang berpelajaran tinggi dan anak kepada doktor sentiasa menjadi idaman kaum wanita namun adakah lelaki ini mempunyai sisi gelap ?
Dia terus ikut dari jauh ke mana hinggalah Mikaeel memasuki sebuah pasaraya.
Kali ini dia perlu lebih berhati-hati kerana Amin Ghazali perlu mengikut dengan lebih dekat dan perlu elak disyaki orang sekeliling.
Celaka ! Rupa-rupanya Mikaeel main kayu tiga. Seorang perempuan berusia sekitar 25 tahun memeluk lelaki itu. Mereka berdua bukan main mesra.
Ada kemungkinan, Mikaeel telah bunuh perempuan itu disebabkan daripada pertengkaran ? Ingin sahaja dia duduk meja sebelah pasangan itu ketika mereka sedang berbual di sebuah restoran makanan segera.
Hampir 25 minit, Mikaeel terlebih dahulu keluar dari restoran makan segera dan kemudian menuju ke tandas.
Amin Ghazali memegang pen di dalam poketnya, masa untuk bertindak. Amin Ghazali menjeling sekeliling dan hanya mereka berdua di area tandas.
Dia meletakkan pena di belakang Mikaeel. Mikaeel yang sedang membuang hajat kecil terkejut. Dia mahu zip seluarnya tetapi niatnya terhenti apabila Amin Ghazali menekan pen dengan lebih kuat.
“Kalau kau toleh belakang aku tembak.”
“Apa kau mahu ?” Suara Mikaeel tersekat-sekat.
“Siapa perempuan itu ?” Amin Ghazali bertanya.
“Kau siapa ?” Mikaeel bertanya.
“Jawab soalan aku dulu !” Amin Ghazali tinggikan suara.
“Dia awek aku.. kau kenal dia ?” Mikaeel pulak bertanya.
“Habis tu awek kau lagi seorang macam mana pulak ?” Amin Ghazali bertanya.
“Kami dah putus seminggu lepas. Tiba-tiba aku dapat berita dia dibunuh !” Mikaeel mengaku.
Mereka sudah putus ? Kata-kata dari Mikaeel menguatkan teori yang dia dibunuh ketika bergaduh.
Mustahil tidak sampai seminggu putus sudah ada teman wanita baru melainkan dia curang.
Menurut Cik Jenab anaknya ada bertemu dengan teman lelakinya sebelum dibunuh tetapi Mikaeel menafikan ada bertemu dengan mangsa. Melainkan dia ada teman lelaki lain.
Mereka berdua curang !
Sekarang suspek pembunuhan makin bertambah. Amin Ghazali perlu mencari lebih banyak bukti.
“Kau tahu dia ada teman lelaki lain ?” Amin Ghazali bertanya.
“Kenapa aku macam kenal suara ?” Mikaeel cuba menoleh kepala.
Amin Ghazali yang terkejut dengan tindakan Mikaeel terus menekan punat yang terletak di hujung pen. Tubuh badan Mikaeel terpelanting melanggar dinding di depannya.
“Ahhh sudah ….” Amin Ghazali berlari keluar.
Malam itu.
Tubuh Amin Ghazali berpeluh, memikirkan apa yang berlaku tadi.
“Hei, tembakan itu membahaya atau tidak ?”
“Amat menyakitkan untuk satu tempoh masa. Tetapi tidak akan menyebabkan kecederaan kekal.” Nico memberitahu.
“Kau rasa dia dapat cam muka aku atau tidak ?” Amin Ghazali bertanya.
“Kemungkinan besar tidak, kalau perasan sekalipun siapa mahu percaya dia ditembak dengan pen.” Nico cuba menenangkan Amin Ghazali.
“Betul juga, aku rasa lebih baik aku pulang kembali ke pasaraya esok.” Amin Ghazali membuat keputusan. Malam itu dia tidur lena.
Tidak menyangka langsung apa akan berlaku keesokkannya.
Amin Ghazali kembali ke tandas. Dia melihat tempat berlakunya tembakan semalam namun tiada sebarang kesan.
Malahan dia juga tidak nampak sebarang berita di akhbar tempatan atau laman sosial.
Pelik.
Dia tidak puas hati lalu menunju ke rumah Cik Jenab. Dia mahu bertanya sesuatu.
Seseorang berada di depan rumah Cik Jenab. Dia kelihatan sama umur dengan Mikaeel.
” Siapa pulak ?” Amin Ghazali cuba mencari tempat yang sesuai, dia bersembunyi di sebalik kereta jiran.
Walaupun kurang jelas tapi dia dapat tangkap perbualan mereka.
“Engkau pergi bunuh dia tu kenapa ?” Cik Jenab bertanya.
“Laaa, Makcik juga yang suruh.” Kata-kata dari lelaki ini membuatkan Amin Ghazali terkejut.
“Memanglah, tapi kalau dah kes bunuh susahlah nak claim insurans.” Cik Jenab mengeluh.
“Habis kau nak aku buat macam mana ?” Suara lelaki itu kedengaran agak kasar.
“Kau buatlah nampak macam kemalangan.” Cik Jenab masih tidak puas hati.
“Lain kali cakaplah awal-awal.. duit aku macam mana ?”
“Duit amendernya ? Aku nak bayar macam mana kalau duit insurans dia aku tak dapat claim.” Cik Kena kelihatan marah.
Amin Ghazali terkejut dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Cik Jenab. Rupa-rupanya Cik Jenab adalah dalang semua ini.
Amin Ghazali memegang erat batang pennya. Dia boleh menamatkan riwayat mereka berdua sekarang. Nyawa di balas nyawa.
Namun begitu dia perlu mengumpan mereka berdua untuk masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
Mereka tidak tahu kemampuan pen di tangannya pasti tidak akan mengesyaki apa yang dia lakukan.
Tanpa berlengah, Amin Ghazali memijak salah satu tin air kosong.
Prak !
“Siapa ?” Lelaki misteri bertanya.
Amin Ghazali keluar dari tempat persembunyiannya. Dia sedang mengatur ayat untuk bermain helah.
“Makcik kenal kamu, semalam kamu ada datang tanya pasal anak makcik kan ?” Cik Jenab bertanya.
“Saya sekadar lalu sahaja.” Amin Ghazali sengaja berhelah dah berharap mereka tidak mempercayainya.
“Sejak bila kau sampai ?” Si pembunuh bertanya.
“Saya.. sebenarnya ba…ba..baru sampai.” Lakonan Amin Ghazali kelihatan menyakinkan.
“Baik kau beritahu apa yang kau dah dengar !” Si pembunuh memberi amaran.
“Lebih baik kita bawa dia masuk dalam.” Makcik Jenab memberi cadangan.
Bagus ! Rancangan Amin Ghazali berjalan lancar. Apabila dia telah masuk ke dalam barulah dia akan mula bertindak.
Dia berasa lega sekurangnya tidak diikat, jika tidak pasti sukar untuk dia bertindak. Amin Ghazali menyeluk poketnya memastikan Nico telah bersedia bertindak.
“Apa yang kau dah dengar ?” Pembunuh bertanya dengan nada yang kasar.
“Ma…ma…nak ada dengar apa-apa.”
“Sekarang kau cakap baik-baik dengan kami. Apa yang kau dah dengar ?.” Cik Jenab sengaja hendak berdiplomasi.
Kalau dia terus berpura-pura, kemungkinan mereka akan mengesyaki sesuatu.
“Saya dengar semuanya, makcik kalau minta lelaki ini bunuh anak makcik kerana mahu tuntut insurans.” Amin Ghazali mengaku.
Dia tidak gentar kerana Nico ada bersamanya. Bila mereka mahu mengapakan dia, masa itulah untuk melakukan serang balas.
“Aku tak boleh biarkan kau hidup.” Pembunuh mula mengugut.
“Nan..nanti aku janji tidak akan beritahu sesiapa.” Amin Ghazali masih tidak mahu bertindak, dia mahu mengungkir sesuatu.
“Kau tahu nak bunuh orang saja, sudahlah anak aku mati katak.” Cik Jenab menjeling seperti memberi isyarat mata.
Amin Ghazali rasa ini adalah waktu yang paling sesuai untuk bertindak, dia sebenarnya mahu bongkar lebih banyak rahsia namun dia rasa tiada gunanya semua itu.
Dia mengacu pena pen ke arah mereka.
“Jangan bergerak !” Amin Ghazali memberi amaran.
“Apa kau nak bu…..” Pembunuh terpelanting apabila terkena tembakan dari pen milik Amin Ghazali.
“Apa kau dah buat ?” Cik Jenab terkejut dengan tindakan mengejut Amin Ghazali.
“DIAM !” Amin Ghazali meninggikan suara.
“Jangan apa-apa kan makcik.” Riak wajah Cik Jenab mula berubah.
“Kenapa kau bunuh dia ?” Amin Ghazali bertanya.
“Makcik terpaksa, makcik perlukan duit.” Cik Jenab mula menangis.
“Orang seperti kau tak patut hidup.” Kemarahannya mula membuak.
“Maafkan makcik. Makcik janji akan serah diri ke balai polis.” Cik Jenab terus merayu.
“Tak payah, kau patut mati disini.” Amin Ghazali mula menyahaktifkan fungsi keselamatan pada Nico dan menekan punat bom. Dia melempar ke Cik Jenab dan berlari selaju mungkin untuk keluar dari rumah.
Dia menjangkakan bom itu cukup kuat untuk musnahkan rumah tersebut jangkaannya meleset.
“Paddle pop ! Paddle pop !” Tiada letupan sebaliknya Nico sedang menyanyi.
“Kenapa ?” Amin Ghazali kehairanan.
Pembunuh bangun kembali dan menyerang Amin Ghazali. Melihat amarah si pembunuh Amin Ghazali lantas mendapatkan basikal untuk melepaskan diri.
Dia mengayuh selaju mungkin tidak langsung menoleh kebelakang. Pembunuh menaiki kereta mengikut Amin Ghazali.
Amin Ghazali pandai bermain helah dia sengaja menggunakan jalan yang sempit untuk membolos diri namun pembunuh itu seolah-olah dapat hidu setiap tindak tanduknya.
Peluh membasahi susuk tubuh jantung semakin berdenyut sekencang kayuhan basikal. Nico tidak boleh diharap !
Hanya ada satu cara sahaja untuk selesaikan semua ini. Ikutkan dia tidak mahu gunakannya namun keadaan telah terdesak.
Nico menekan brek basikal dengan kuat hingga dia tergelincir ke tanah. Lantas lelaki itu bangun kembali dan berlari ke sebuah bengkel yang tidak jauh dari situ.
Dia dapat lihat pembunuh dari jauh yang semakin menghampirinya.
“Celaka!” Menggunakan anak kunci dia membuka pintu bengkel dan terus mendapatkan sebuah kotak kayu.
Pelbagai jenis bahan letupan disimpan disitu. Dia mengambil botol yang mengandungi minyak di dalamnya yang ditutup dengan kain panjang.
“Aku gunakannya untuk pertahankan diri.” Sambil bermonolog Amin Ghazali membakar hujung kain.
“Apa yang kau cuba buat ?” Pembunuh bertanya.
“Orang seperti kau tak patut hidup !” Tanpa banyak soal dia terus melempar bom api buatannya.
Pembunuh itu mengelak dengan mudah serangan dari Amin Ghazali.
Dia cuba untuk mengambil bom yang kedua tetapi terus ditangkap oleh pembunuh.
Pada saat itu dia terdengar bunyi siren polis. Amin Ghazali berasa lega dia terselamat.
Pembunuh melepaskan Amin Ghazali. Dia kelihatan tenang dengan kehadiran anggota polis.
Amin Ghazali terselamat ! Semuanya sudah tamat, walaupun sedikit kecewa tidak dapat tamatkan sendiri nyawa pembunuh itu.
Lima anggota polis lantas mengari tangan Amin Ghazali.
Eh ?
Ehh ?
Ehhhhh ?
Amin Ghazali terkejut dengan apa yang dah berlaku. Kenapa pulak dia yang ditangkap ?
“Kamu sudah salah orang.” Amin Ghazali memberontak cuba untuk melepaskan diri.
“Kamu ditahan kerana melakukan pembunuhan besar-besaran.” Anggota polis mengari tangan Amin Ghazali.
“Ke..kenapa .?” Amin Ghazali kehairanan.
“Beberapa minggu lepas terdapat dua kes letupan. Satu letupan di sebuah rumah. Tiada yang terselamat.” Pembunuh menghampiri Amin Ghazali.
“Apa kaitan dengan aku ?” Amin Ghazali meronta-ronta cuba melepaskan diri namun gagal.
“Manakala letupan kedua berlaku seminggu kemudian di sebuah kelas ketika kelas tambahan sedang dijalankan.” Anggota polis yang berada di situ langsung tidak peduli pada pembunuh yang menghampiri Amin Ghazali.
Pembunuh memegang kolar Amin Ghazali dan melihat tepat ke matanya.
“28 lapan orang pelajar dan seorang guru mati dalam letupan itu melainkan seorang.”
“Pada hari itu aku tidak datang kelas kerana demam !” Amin Ghazali memberi alasan.
“Sayangnya, laporan saksi mengatakan sebaliknya. Kau berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas.” Suara pembunuh kedengaran semakin tegas.
“Takkan hanya sebab itu kau anggap aku yang menyebabkan letupan di sekolah ?” Amin Ghazali mempertahankan diri.
“Tidak juga, kebetulan pulak kamu dibuli di dalam kelas. Hanya seorang perempuan sahaja yang mahu berkawan denganmu.”
Dia diam sebentar kemudian menyambung kata
“Malangnya perempuan itu mati dalam letupan pertama di rumahnya.”
“Kau tak boleh jadikan motif sebagai bukti aku bersalah!” Amin Ghazali meninggikan suara.
“Motif ? Jadi kau mengaku yang kau ada sebab bunuh mereka semua ?” Polis disekeliling pembunuh langsung tidak buat apa-apa.
“Kalau betul pun aku nak bunuh mereka apa buktinya ?” Amin Ghazali masih mahu mempertahankan diri.
Lelaki itu melihat pelbagai jenis bom buatan tangan di dalam sebuah kotak yang sangat sesuai untuk dijadikan bukti namun begitu kalau dia tunjuk pada Amin Ghazali pun tetap budak itu tidak akan mengaku. Lebih baik dia menceritakan segalanya-galanya.
“Aku tahu kau yang bunuh semua pelajar dalam kelas itu dan aku juga tahu motif sebenar kau. Cuma aku tiada bukti. Disebabkan itulah aku reka sendiri bukti. Aku hantarkan Nico kepada kau.”
Wajah Amin Ghazali berubah serta merta. Dia seperti dapat tangkap apa yang cuba disampaikan.
“Pen yang aku berikan pada kau sememangnya pen dengan teknologi canggih. Namun begitu bukan sejenis senjata sebaliknya sebagai alat komunikasi.
Dalam erti kata lain, apa sahaja perbualan kau dengan Nico didengar oleh kami semua.” Pembunuh memberi perjelasan.
“Mus..tak..hil. Tapi masa dekat sebuah pasaraya ?” Amin Ghazali bertanya.
“Salah seorang staff kami yang pandai berlakon. Sama juga bila kau tembak aku sebelum ini.”
“Tapi kau tetap tak boleh …..” Amin Ghazali tidak sempat menghabiskan kata-katanya lelaki itu menyampuk.
“Segalanya perbualan kau dengan Cik Jenab telah didengar oleh kami semua dan dirakam. Kau cuba membunuh dia dengan letupan.” Lelaki itu memberitahu.
“Aku lakukannya sebagai tanda keadilan. Dia perlu dibunuh dan dihukum !” Amin Ghazali akhirnya mengaku kesalahannya.
“Kau hanya menghukum tanpa mengadili. Malahan kau adalah pembunuh sebenar.” Pembunuh menuju ke kotak yang dipenuhi bom.
“Bom ini dimiliki oleh kau sebenarnya. Kau minta kawan kau simpan bom tersebut. Malangnya, rakan sekolah kau tidak tahu hal ini mereka melontar mercun ke dalam bilik kawan kau kerana tidak berpuas hati.
Maka letupan besar berlaku dan kawan kau terkorban. Kau tidak mahu mengaku itu kesilapan kau tetapi tidak tahu siapa punya angkara.
Jadi kau bunuh semua orang terus. Kau hanya menggunakan nama keadilan sebagai menutup niat kau yang mahu membunuh orang sewenangnya.” Pembunuh itu menanggalkan kanta lengkap. Anak mata lelaki itu berwarna merah.
Amin Ghazali terdiam. Dia telah tewas sepenuhnya. Dia pernah dengar mengenai lelaki bermata merah. Dia tidak sangka bahawa dia menjadi sasaran lelaki ini. Sejak dari awal lagi dia telah masuk perangkap.